Monday, December 31, 2012

1 Januari 2012 ~ 1 Januari 2013


Segala puji-pujian bagi Allah. Akhirnya genap sudah anak kecikku yg sorang ni setahun...
Dan setahun juga lah hidup ini penuh dgn gelak senyum kecoh dengan gelagat budak kecik ni.
Besarnya nikmatmu yg satu ni.
Sesungguhnya Engkaulah yg Maha Pemberi lagi Maha Kaya.

Cepat sungguh masa ni berlalu. Makin besar anak kecik ni, makin tua la ibu & abah.
Semoga terus diberikan kekuatan untukku membentuk anak-anak menjadi insan diredhoi
Hebat didunia, hebat diakhirat


Ya Allah, kiranya ada kebaikan pada diri kami ini yg Kau sukai, wariskanlah kepadanya.
Jauhilah darinya segala perilaku kami dan segala perihal diri kami yg buruk lagi kau benci.
Ya Allah, ditakdirkan nanti Kau akan ujinya dengan dugaan2mu,
Berikanlah dia kekuatan untuk menghadapinya dengan senyuman.
Anugerahkanlah kebijaksanaan kepadanya untuk mencari jalan keluar yg terbaik.


Cekalkanlah hatinya supaya dia tahu bagaimana susah pun, kasih sayangMu dan kami tetap bersamanya.
Ikatkan dia dengan talimu supaya dia sentiasa bersyukur diwaktu susah ataupun senang.
Tabahkanlah hatinya supaya dia tahu, sesungguh dalam kepayahan itu ada kemudahan.

Ya Allah, jadikanlah jantung hatinya sentiasa tertarik dengan ayat2 suciMu
Fasihkanlah lidahnya membaca ayat-ayatMu,
Terangkanlah hatinya memahami ayat-ayatMu,
Elokkanlah perkertinya sepertimana Engkau elokkan rupa parasnya.
Supaya hatiku sentiasa senang & bangga melihat telatahnya.

 
SELAMAT HARI LAHIR YANG PERTAMA NOORIZZATIE AQEELA
- Abah & Ibu -
Always Love You Unconditionally

izzatie tolong mengemas rumah


vdo ni dh lama ambik, bulan 10 dulu. sj tiba teringin nk upload..

My New Office


heeheee, ni office baru abah tolong buat sebab suka sgt dok meditate dlm kotak. siap laptop meja bagai2 lg. pasni klu ade assignment ke keja rumah ke, leh a buat cepat. xleh bg alasan dh office xcomplete.

Monday, November 5, 2012

Jenjalan ke market ikan

tiap2 weekend, ibu ngn abah akan jalan2 gi pasar cari barang dapor. kita mmg xde pilihan lain selain kena ikut gak...


Sunday, November 4, 2012

birthday abah 28th


Thursday, October 25, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

SELAMAT HARI RAYA SEMUA.
BAIK2 BALIK KAMPUNG BW KETA.
TAHUN NI RAYA JOHOR, DEKAT DEEE
p/s: copy banner lama, malas nk buat. malam ni cargas blk Kluang

Monday, October 22, 2012

my 1st origami lesson

satu malam yg indah tu, abah kita ada ajar mcmn nk wat kapal terbang guna kertas. drpada kita dok koyak buku wat semak, ada baiknya kertas td tu kita blaja lipat2 wat benda yg berpekdah... abah kita ckp la....


hasil yg sgt membanggakan...
....

Abah bila tido...


Saturday, October 20, 2012

Why my mom always busy...

ibu ada satu hobi yg pelik. dia suka buat benda yg sama 2-3kali. kite pun heran apsal.... mungkin tu la sbb ibu selalu nampak busy...


Thursday, October 18, 2012

Thing around me..


Wednesday, October 10, 2012

Aguugu Monster


Monday, October 8, 2012

My Daily Routine


Saturday, October 6, 2012

Thing Around Me


Friday, October 5, 2012

Tales of Little Princess Manga (1)

***sampai la pic ni diupload, izatie masih lg kaco abah dia....

Monday, September 24, 2012

Izzatie 9month


 with lovely sister asiah.

huyoooo, gila lama xupdate blog ni. hampir pencen dh rasanya dr jd blogger nih. msa byk tp xde yg blh spend utk mengarut disini. hehehe, budak kecik ni pun dh blh macam2 dh. masuk hr ni ms article ni ditulis, izzatie dh masuk 8bulan 20 hari. cepat sungguh masa berlalu kan. tgk blk gamba kecik2 dulu gelak sorg2. kecik2 dulu ddk diam je. merengek sikit2, sengih2. tp skg ni, huh... letih gak dibuatnya.

skg ni izzatie dh blh merangkak, memanjat, berambat. tp dia xreti nk turun sendiri. klu dok bergayut kat meja tu pandai sungguh. tp bila nk turun, tgk dulu kat bawah, belakang ada ape. pastu tgk org sengih2 sbg isyarat dia nk turun. dh puas sengih, garu2 perut, terus lepas tangan buat free fall. klu jatuhh xsakit syok la dia gelak. tp kadang2 katuh kedebuk hempap kt lantai, kena bucu meja, mcm2 lagi la. melalak la, pe lagi....

rambut dh panjang dh. melengkoi2 smpi nk cucuk mata. pastu pantang nampak camera, sure posing pny la. klu xde mode pun dia mesti tgk camera plg kurang. klu tgh mode baik tu sengih2, senyum lebak, gelak2. pastu excited nk tgk gamba dia org ambik. dh tgk tu, hehehhe hehehehe gelak suka. rambut panjang tp xsekata. atas ngn tepi je pjg lebih, belakang pendek2 lg. dh dekat 9 bulan, tp gigi xtumbuh lg. haishh.....

skg ni dh xleh tinggal sorg2 kat depan. klu dia xnangis takut plak gi panjat meja, tangga. jatuh byk kali dh nih. ibu nk wat kj pun xsempat kadang2. klu xnmpk org mula a nk mngangis. klu xmnangis pun mesti merangkak gi dapor cari org. hehehe, mcmn la nnt klu kena tinggal kat org ek izzatie. skg ni makan pun dh kuat. hr2 telan nasi moi. sedap xsedap pun dia telan je. pasrah kena paksa makan ngn ibu.. hahhah

tp satu abah suka pasal izzatie skg ni semangat xreti nk putus asa. mula2 dulu ms br belajar nk memanjat byk kali jatuh tersembam. ada yg terhentak kepala kat simen. riso sungguh la time tu tgk dia jatuh, xsempat nk sambut. menangis mmg kuat gila la time tu. tp bl dh senyap, kejap lg mesti dia try lg smp la blh. bila dh berjay tu sengih2 gelak suka dia. skg ni dh kira cekap la memanjat. tangga pun blh samp kat atas terus tanpa org bantu. tp still kn jg2, kdg2 bila dia nk turun main lepas tegolek je. adeii.....


Thursday, September 20, 2012

izzatie 1st time raya, 2012

1st time tahun ni kami raya bertiga. seronoknya rasa. tahun ni kena turn belah taipeng n kedah plak. mmg jelajah malaysia la... blk hr jumaat, terus ke taiping. raya ke 2 tu gerak ke kedah. izzatie la yg plg excited nk sambut raya.mlam nk blk kampung tu siap xleh nk tido lg. dekat pkl 2 lebih br leh tido. sibok kaco org nk mengemas.

baju raya dia pny la meriah. 4pasang lg tu. ibu jahit ms dlam pantang satu, pastu baju beli lagi 3 pasang. tahun ni tema kaler kelabu. mula nk cr kaler pink. tp xjmp yg menarik. last2 jd kaler kelabu. ok gak la. matched.


mula2 tu nk balik raya riso gak izzatie ni wat perangai sbb dia mmg  takut sungguh ngn org yg xkenal. maklum la dok rumah jmp ibu ngn abah je. tp rupa2nya baik sungguh dia. smp rumah tok wan/opah xnangis pun. kemain lg dok main ngn sepupu smua. kakyong, kakngah, kak asiah rajin dok melayan. suka la dia..

balik kedah rumah tokteh pun bagus gak. riuh gamat ngn budak2. letih a tok teh nk kemas rumah. sebaik izzatie xleh jalan lg. klu tak lg dasyat la dia dok mngemas rumah tokteh. heheheh


alomost 7 months!!

alhamdulillah segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam..

Dalam sedar dan tidak anak ibu dan abah dah hampir mencecah usia 7 bulan. bermakna dah hampir 6 bln (lg beberapa hari jer lg) niat ibu nak susukan izzati secara eksklusif tercapai..Terima kasih Allah! Masa berlalu terlalu pantas, syukur ke hadrat Illahi kerna dengan limpah kurniaNya kita bersama-sama di dalam bulan Ramadhan. Izzati pun tidak ketinggalan turut serta bersahur dengan ibu dan abah untuk berpuasa (ibu & abah je pose) izzati pose yang yuk kih..kih..nnt ibu ajar izzatie cara-cara berpuasa. Sejuk hati ibu dan abah bila tengok izzatie membesar dengan sihat.

sekarang ni izzatie dah mula mengangkat badan nak merangkak, menjulor kedepan tu usah cakap semua tempat izzatie dah explore, siap tolong mopkan rumah..huhu terima kasih izzatie.


Sunday, July 1, 2012

Abah masuk wad..

Harini masuk hari kedua abah kena tahan kat wad..

Jumaat..
Lbh kurang jam 3pm abah dah balik.. izzatie bukan main sonok lagi.. bl dgr pintu pagar dibuka.. Jeng-jeng.."assalamualaikum" dgr jer suara abah dia mengekek gelak.

Ibu pun hairan pesal abah blk awal.. "xlarat" ringkas jawab abah. Memang x larat dah tu.. xlama lepas dok main2 dengan izzatie abah tdo. Masa ni ibu xperasan sangat hehe almaklumlah ibu rabun x pakai spek sgt kat rumah.. bila buka je lampu.. "Ya Allah, syg badan syg penuh bintik2 merah, muka dah sembab jer tgk. Jom pg Klinik,"

Doc kat klinik suruh refer ke hospital -suspek denggi- "esok jelah pegi hospital"

Sabtu..
pagi - ibu sediakan sarapan, pg pasar jap itu ini dan lain-lain "alamak dah dekat pkl 11, jom cepat2 kemas pape yang patut kita gerak ke hospital"

singgah kat tebrau (sempat lagi tu)- cari car seat izzatie abah risau if in case kena tahan wad senang nnt ibu nak bergerak ~~ ohh terima kasih abah.. izzatie suka sgt dgn car seat tu, ddk jer tdo, jalan sikit terus tdo.

sampai Hospital KPJ-abah ke emergency room-heheh suspen jer bunyikan ~actually counter depan dah tutup so mmg kn pg ke bhgn tu. Abah masuk ke dalam emergency room dekat 2jam- doc ambil darah + masuk air.

jam 4- abah warded. Tingkat 6 -tinggi. tp izzatie x takut. behave sangat masa kat hospital teman ibu tggu abah-cayalah anak ibu!! heheh 'izzatie ni hospital tau bukan hotel, jgn buat perangai abah x sihat' abah dok bebel kat izzatie. dan mlm tu izzatie tdo nyenyak..

Ahad
pagi- ibu dok kemas pape yang patut sebab kena gerak awal - takut sesat + sesak -jom heboh. Tunggu doc dtg jap buat check up kat abah

lega bila ibu dengar abah x kena denggi - tp virus infection - ibu angguk-angguk tanda faham. Then jam 10pg ibu gerak blk. heheh 1st time kita naik kereta berdua kan izzatie. Izzatie tgk ibu. Duduk elok2 tak mau buat perangai eh. - gerak ke rmh mak long -bandar baru uda.

12pm gerak blk kulai-
esok izzatie ada appointment dgn nurse kat klinik. Izzatie dah 6 bln!! besar dah anak ibu. Sampai rumah izzatie tolong ibu kemas pape yang patut~ heheh. Tak lama pastu ibu perasan izzatie asyik-asyik sebut --aa.bah..baba bah.. - "izzatie abah kat hospital," -spontan izzatie nangis~ sayu dah sikit hati ibu ni. "esok lps pg klinik kita pg tgk abah k.." dan seterusnya izzatie sambung main dengan mulut berbunyi ~ babah..a..bah..bah~






Monday, May 28, 2012

Ibuuueee~~abbaaahhh~~

huhuuhu, bestnyaa. anak abah yg dh nak masuk 5bulan usianya ni dh pandai panggil ibu ngn abah dah. ceritanya jadi malam td. time ni izzati tido macam biasa, dekat2 pkl 2am. tp dia xmerap wat perangai plk kali ni. dok main sorg2. huuu, heeee. haaa, hungeee hungeee, aguu guu aguu. cute je bunyi. pastu klua la Ibuuuu~~~ ibbuuu~~~~, abbahhh~~~ abahh`~~buuuee. hahaa, comey gitu. tp syg. time ni abah dia dh nyenyak tido. ibu je yg dok bejaga lg =p
 
buai smlm pki gak la dr pkl 9 smp pkl 12. pastu ms nak angkat gi naik atas, terjaga pastu xnak masuk buai dh. muka kecut gayat. macam2 kerenah bdk kecik ni. time wat perangai comey dia tu, alahai. bestnya layan. tp bila dh start wat perangai lg satu tu, adeii~~ rasa macam nk tarik2 idung telinga tu. tp kadang2 budak kecik ni paham bahasa gak. malam tu klu aku marah dia jgn wat perangai, esok malam mesti behave sgt2. tp esok mlm tu plk dia start blk. ada dh sikit2 perangai bapak dia nih...

Sunday, May 27, 2012

1st Time naik Buai

hahah, seleps hampir 5 bulan bertahan xnak ajar anak abah ni naik buai, akhirnya terpaksa mengalah gak dek kerna dugaan minggu ni yg sgt2 la dasyat. hehehe. izzatie susah sgt2 nak tido malam lately. kadang2 smp pukul 2 pagi dok wat perangai. Jumaat hr tu pkl 2 pg lebih dia baru dia. abah ngn ibu mmg xckp tido hari tu dibuatnya. pg tu g opis, petang kepala rasa pening2 smp la hr ni xhilang lg.

nak bg senang tido pny pasal, terpaksa la gi beli gak buai utk bdk kecik ni. hehe, 1st time bg dia naik td kemain jakun lg. mata bulat mulut telopong. heran kot naik buai. malam ni klu xnak tido gak pkl 10.30, mmg kena henjut buai la jawabnya. tambah skg ni plk mmg pandai sgt dah merap org. ddk kejap, pastu nk suh org ambik main2 ngn dia. adeiii~~~

Thursday, May 17, 2012

Ucapan yg ter'delay'

This post is dedicate to all of you...especially my family, my husband's family, aunties and uncles at kedah & johor, all my & my husband friends for wishes, pray and pretty + gorgeous present to our new born princess. me, husband and Izzatie really appreciate it. Thank you very much! Love all of you.  =)

Sunday, April 22, 2012

Gamba yg buatku geram~~~

hari ni ahad, tapi abah sj nk gi gak keje sbb bertimbun2 gak benda nk kena buat. alang2 xde nk g mana, so gi opis blh gak settle skit2 benda kt opis tu. pg pun agak lewat la sbb malas tu tebal lg. tgh2 wat keje tu, sj la nk rest mata jap bk facebook nk tgk muke anak abah sorg ni. click2 smp la kat gamba yg ni....

haduuuuu~~~~ mcm terenjat eletrik rasanya bila tertenung mata anakku sorg ni. wat gaya macam pujuk abah dia suh balik rumah main ngn dia. "abah, balik laa. izzatie xde kawan nk main ni" macam bercakap2 plk gamba ni bila lama2 abah tgk. terus xleh focus wat keje, sbb kepala ni dok teringat anak dh kat rumah. kemas2 jap meja, terus balik rumah...rindu kat anak. hahahahah. tp betul a. gamba ni xleh letak kt meja. klu xmmg xleh focus pny wat keje. heheh

Saturday, April 21, 2012

iTs WeeKeND aGain, cHiLL ouT

....

Yess, weekend dah sampai. hari utk lepak2, tido2, baring2, tonton2, surfing2. hari utk xbuat apa2, hr utk wat smua benda, hr yg ikut suka. tp bg abah, hr ni hari gi market cari barang n melayan anak yg sorg nih =p. izzatie ni klu bab jalan2 mmg suka gila. dok diam xbunyi langsung. bw la gi mn pun. super market ke, market ikan ke, kedai makan ke, behave sungguh. kali ni gamba dia ngn snow cap brnya. cute sungguh. hehe

Friday, April 20, 2012

Mari Merangkak

...

huhu, makin kerap plak skg izzatie nih nk meniarap. pantang letak, terus pusing. tp reti belah kiri je, kanan gayat lg. yg penatnya nak layan, asal meniarap je, mesti nk merangkak. eayyaahhhh, eayaahhhhh dok tendang2 kaki nk gerak kedepan. klu xgerak, marah plk dia. lg kuat bunyi eaayahh2 dia tu.

nk layan dia, kena la tahan kat belakang kaki jd stand so kaki dia blh a lonjak2 ke depan. haduuu, xbuat cm tu dia marah plk nnt. macam2 sungguh. bila dh meniarap tu, air lior menjejeh klua sbb mulut sentiasa tebukak. xberenti2 eayahhh2 dia tuh.

tapi minggu ni izzatie tido xbrape lena sgt. senang sgt terjaga lepas sejam dua tido. pastu nk tido blk dh payah. plg penat time mlm aa. pkl 9 tido, 10 bgn, 2pg plk br blh tido blk. tu pun setelah mcm2 cara buat. agaknya perut xselesa ni.dh brapa hr xmembuang. minggu lepas bagus sgt2. senang je tido. harap la izzatie ok blk k....

semoga anak abah ni sihat & kuat selalu. amin....

Saturday, April 14, 2012

3 Bulan dah...

Alhamdullillah. cepatnya masa berlalu. izzatie dh pindah ke johor hampir 4minggu. ms mula2 sampai tu mcm baby2 lg, kecik2 lg. nk gomol gila2 pun xsampai hati. hehehe. dh lepas 3 bulan lebih ni umor dia, dh mcm kakak2 dah perangai. rajin gila bersembang. kerenah pun macam2. suka sgt2 tergelak, tersengih, ceria sungguh rumah kecil ni dibuatnya. ms abah tgh tulis ni pun izzatie dok merapu ape ntah kat belakang sorg2. eekk, uuu,, eiiiii aaaa... hahaha, sembang ngn sape ntah.

minggu lepas, officially izzatie dh boleh meniarap sendiri tanpa bantuan. 13hb april 2012. kira 3bulan lebih la izzatie meniarap. soronok tgk makin2 hari makin pandai anak abah sorg ni. puting pun dah pandai pegang sendiri, pastu masukkan ke mulut sendiri. yg paling lawak, puting dh ada nama sendiri dah, "agu-gu".. tiap2 kali nk bg puting ni, izzatie mesti cakap agu-gu. huhuu, ingat nk sebut nama ibu ke abah dulu, rupanya puting dia dulu yg dpt nama. yg peliknya, agu-gu ni klua bila time nk puting@nampak puting sj. time2 lain xklua langsung plk ayat nih. hahahha


tp 2hr ni izzatie dh malas blk nk meniarap. nk kena paksa, tu pun dia lawan blk. xnak menirap. hadoo. dah tu plk 2mlm ni pkl 2 pg br izzatie nk tido. penat abah ngn ibu jg malam. sebaik time cuti. pg tadi lawak gak. dh siap mandi pki baju wangi2, izzatie angkat kaki tinggi2, igt dia nk wat ape, rpnya gi bantai kentut. cait. kuat plk tu. pastu blh plk dia gelak mengekek2. adooo, anak abah sorg ni. alhamdullilahh.... nikmatnya bila ade sebuah keluarga bahagia. hilang smua susah payah dunia..

Saturday, March 3, 2012

Smile itu Senyum itu Berjangkit

koleksi senyuman izatie yg sempat dirakamkan last febuary yg lalu. umornya dh nak masuk 2 bulan dh. cepatnya anak abah sorg ni besar. xsabar nk jumpa lg nih. bila tgk blk gamba senyum dia nih, gigil2 kaki ni nk tekan pedal minyak nk balik kg. dh dkt 2minggu dh xjmp =(




Tuesday, February 28, 2012

Izatie belajar Fizik module 1

today class, "Physic 101".

LESSON 1:
abah : Newton's first law of motion is often stated as, an object at rest stays at rest and an object in motion stays in motion with the same speed and in the same direction unless acted upon by an unbalanced force.
izatie: oooo~~~ (dia paham a tu)

LESSON 2:
abah : As for Newton 2nd law, an object will only accelerate if there is a net or unbalanced force acting upon it. The presence of an unbalanced force will accelerate an object - changing its speed, its direction, or both its speed and direction.
izatie: eaaa????? (dia dah start blurr..)

LESSON 3:
abah : Last one, Newton 3rd law. To every action there is always an equal and opposite reaction: or the forces of two bodies on each other are always equal and are directed in opposite directions...
izatie: aaaarr@!$$^ (dah berat sgt, xleh msk dh.)

....zzzzzzzzzzzz (terus tido sbb xleh terima dah. berat sgt...)

....

Monday, February 27, 2012

The Balik Kampung Story

"woooo" gaya anak beranak yg excited dpt bertemu

Yesss... berjaya gak balik kampung lepaskan rindu kat budak kecik comey lote nih. macam2 ragam dh dia skg ni. suka beno senyum2 senyih ajak org menyembang. suke sungguh aku. hilang smua tension yg ditanggung 2-3minggu ni dgn sekali pandang wajah anak n isteri. hihihii

kali ni balik xambik cuti lama2, sabtu ahad shj. cukup la kot sbb next 2week nk balik lg. mula2 igt xnak balik, tp takut jd gila dok kat sini ngadap bosan n pening kepala, ada betul dan baiknya aku balik. skg ni gamba n talipon xlg menjadi pengubat rindu. nk kena pegang cubit pipi penyet hidung, baru leh hilang rindu ni. hahaha

1st outing kami keluar gi tempat biasa, kolej TAJ sungkai zaman matrix yg menemukan aku ngn ibunya dulu =)) tp xleh lama, sbb smp pun dh lewat petang. ibu dia risau takut izatie kn sergah ngn benda yg aku xnmpk. sempat la 2-3 shots.
.

Friday, February 17, 2012

...

.


It's Friday, thanks God.

Huh, akhirnya sampai gak hari jumaat. yeahh, blh relex2, lepak2 tido2 wat apa yg aku suka. hihii... esok sabtu, gi jenjalan cari barang2 rumah n izatie. 2minggu lg nk balik kg, ambik pn yantie then round malaysia dr utara sampai la selatan. hmmm....... jauh tu nk jalan. keta nk kena service gak nih. johor --> slim river--> taiping--> penang--> kedah--> penang--> taiping--> slim river--> KL-- kulai johor. huhuhu, complete. klu jalan smp perlis, abih round pantai barat malaysia. puas a izatie jalan2 nnt..


Saturday, February 4, 2012

Bila hari berganti bulan...

best ak tajuk kat atas? main petik je tu. seperti biasa, masa lapang ku terlalu lapang skg ni smp xtau nak diisi dgn apa. rindu kat anak bini satu hal, lain2 hal pun byk gak hal. tp knp harus pening hal2 yg xada hal? ni bkn hal ehwal murid @ ehwal perdana. hmm.... dh start mengarut lg nih...

dibaratkan gila bayang, termenung terkenangkan sesuatu yg jauh. itulah lg satu perbidalan yg aku rasa sesuai dgn aku skg ni. hanya bertemankan gamba2, video2 pendek pengubat rindu dikala bosan. izatie makin kerap mnangis lepas kena cucuk hr tu. xtau apa sebab... rasa mcm nk blk kg sgt2 dh ni......






.

Sunday, January 29, 2012

The 1st month... long jurney to go

masuk hari ni, genap sudah umor puteri ku ini sebulan. berjaya gak dia menghabiskan masa di kampung bersama ibu nenek & atoknya di sana. xbosan plak dia, hari2 dok baring2 je. hehe, lupa plak. bdk kecik lg mn blh jalan2 lompat2 lg. esok2 dah pandai, tak tau la larat ke tak abah dia ni nk mengepung =p. tahniah & terima kasih tak terhingga buat isteri tersayang, kerana pengorbanan time tido, kederat & sebagainya menjaga budak kecik ni tanpa eden disisi.

2012 tahun yg terindah buat diri aku personally. harap2 keindahan ini berpanjangan dan lebih dr ketidakindahan di masa2 hadapan. huhuhuh lg ayat merosakkan bahasa. buat izatie, tahniah. anda telah berjaya mengharungi bulan pertama dengan cemerlang. kesihatan, kecerdasan, kecomelan anda xkurang2 dr hari pertama =) bangga sungguh abah kamu ni =)))

tp ingat, dunia ni xsmuanya indah, xsmuanya buruk. xsmua yg buruk itu buruk, yg indah itu indah. bergantung mn angle pandangan kamu. klu tgk dr atas meja, org yg duduk atas kerusi rendah dr kamu, klu tgk dr lantai, dia lg tinggi dr kamu. tp jgn selalu tgk dr atas meja. sbb yg dok atas meja ni slalunya yg kena denda dgn cikgu sbb xsiap keja sekolah. jgn suka buat perangai yg bukan2 ni. hehehe.. tp susah mcmn2 kamu nnt, ingatlah akan sentiasa ada 2 insan yg sentiasa mendoakan, menemani & menyayangimu UNCONDITIONALLY .... =)

-with lovesss -
your dad





.

Black & White de Album

kalau la korang smua nak tahu, ataupun korang xnak ambik tahu, tapi aku tetap nak bagi tahu, dua tiga menjak ni aku dah bosan sampai tahap gaban, cybercop, power ranger tambah atroman kot ataih (bak kata org peneng). kepala otak ni dok pikir bila nk balik kampung main ngn budak kecik nih. woh, bapak gila bosannya.

kalau la nk diberi perumpamaan moden skg ni, ibarat menguyah selipar jepun. makin digigit, makin lenguh rahang mulut. tapi lama2 alah bisa tegar biasa. dari selipar jepun, upgrade sikit pg ke getah tayar lori. begitulah adanya tahap kebosanan saya nih. sampaikan kelihatannya ayat2 yang ditulis ini seperti nukilan orang mabuk todi basi jadinya wahai sahabat2 sekalian. gila sungguh aku dibuatnya.

hingga kini ku mencari2 arah tuju hala yg tak ketahuan hendak kemana dibawaknya masa lapangku ini. lalu ku mencoba editing gamba2 yg hampir kusam bertemakan black n white (perghh, perenggan ke-3 baru masuk ngn tajuk. mmg fail BM karangan). jadi disebabkan kepeningan ini masih lagi melingau-lingau (istilah baru) di kepalaku, sudilah kutuk or komen gamba dibawah ni. sebelum aku menjawakan bahasa melayuku ini, ada baiknya ku berenti melalut sebentar....





nota kaki:
mood mengekplore lg hitam putih

.

FOLLOW THIS BLOG =)

<@@@@@@script language="JavaScript" src="https://sites.google.com/site/adiwira/adibottomleft.js" type="text/javascript"> <@@@@@@script language="JavaScript" type="text/javascript"> cot("http://img26.imageshack.us/img26/1446/transp2.gif") fasdfdfsadf fasdfdsf fsf

  © Blogger template 'Photoblog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP