Sunday, January 29, 2012

The 1st month... long jurney to go

masuk hari ni, genap sudah umor puteri ku ini sebulan. berjaya gak dia menghabiskan masa di kampung bersama ibu nenek & atoknya di sana. xbosan plak dia, hari2 dok baring2 je. hehe, lupa plak. bdk kecik lg mn blh jalan2 lompat2 lg. esok2 dah pandai, tak tau la larat ke tak abah dia ni nk mengepung =p. tahniah & terima kasih tak terhingga buat isteri tersayang, kerana pengorbanan time tido, kederat & sebagainya menjaga budak kecik ni tanpa eden disisi.

2012 tahun yg terindah buat diri aku personally. harap2 keindahan ini berpanjangan dan lebih dr ketidakindahan di masa2 hadapan. huhuhuh lg ayat merosakkan bahasa. buat izatie, tahniah. anda telah berjaya mengharungi bulan pertama dengan cemerlang. kesihatan, kecerdasan, kecomelan anda xkurang2 dr hari pertama =) bangga sungguh abah kamu ni =)))

tp ingat, dunia ni xsmuanya indah, xsmuanya buruk. xsmua yg buruk itu buruk, yg indah itu indah. bergantung mn angle pandangan kamu. klu tgk dr atas meja, org yg duduk atas kerusi rendah dr kamu, klu tgk dr lantai, dia lg tinggi dr kamu. tp jgn selalu tgk dr atas meja. sbb yg dok atas meja ni slalunya yg kena denda dgn cikgu sbb xsiap keja sekolah. jgn suka buat perangai yg bukan2 ni. hehehe.. tp susah mcmn2 kamu nnt, ingatlah akan sentiasa ada 2 insan yg sentiasa mendoakan, menemani & menyayangimu UNCONDITIONALLY .... =)

-with lovesss -
your dad





.

Black & White de Album

kalau la korang smua nak tahu, ataupun korang xnak ambik tahu, tapi aku tetap nak bagi tahu, dua tiga menjak ni aku dah bosan sampai tahap gaban, cybercop, power ranger tambah atroman kot ataih (bak kata org peneng). kepala otak ni dok pikir bila nk balik kampung main ngn budak kecik nih. woh, bapak gila bosannya.

kalau la nk diberi perumpamaan moden skg ni, ibarat menguyah selipar jepun. makin digigit, makin lenguh rahang mulut. tapi lama2 alah bisa tegar biasa. dari selipar jepun, upgrade sikit pg ke getah tayar lori. begitulah adanya tahap kebosanan saya nih. sampaikan kelihatannya ayat2 yang ditulis ini seperti nukilan orang mabuk todi basi jadinya wahai sahabat2 sekalian. gila sungguh aku dibuatnya.

hingga kini ku mencari2 arah tuju hala yg tak ketahuan hendak kemana dibawaknya masa lapangku ini. lalu ku mencoba editing gamba2 yg hampir kusam bertemakan black n white (perghh, perenggan ke-3 baru masuk ngn tajuk. mmg fail BM karangan). jadi disebabkan kepeningan ini masih lagi melingau-lingau (istilah baru) di kepalaku, sudilah kutuk or komen gamba dibawah ni. sebelum aku menjawakan bahasa melayuku ini, ada baiknya ku berenti melalut sebentar....





nota kaki:
mood mengekplore lg hitam putih

.

Friday, January 27, 2012

Anugerah Juara Lagu ~ Cinta Muka Buku~

suatu malam, sedang AJL berlangsung...
tido budak kecik ni diganggu lagi. kali ni abah dia plak yg kacau.
hehehee




.

Thursday, January 26, 2012

~Takut Semut~

pada suatu hari yg tenang lg aman, tido sikecil mcm diganggu sesuatu. lalu dia terjaga dr mimpinya yang best (agaknya la)... dia rasa tak berapa selesa sebab macam ada benda tgh dok main2 kat bantalnya. menatang tu dok merayap2 mencari apa ntah...




hehehee, semut rupa-rupanya. adeiii~~~

Tuesday, January 24, 2012

Cuti Tahun Naga CNY

abih sudah cuti CNY. esok pagi2 dh nak kena chaw blk johor, sambung kerja balik. tinggal lg ibu ngn budak kecik yg dh makin besar nih. hehehe, tp alhamdulillah, sempat wat selesai smua urusan yg aku nk wat sempena cuti ni. rambut izatie pun dh selesai dicukur botak. hehe, kelako plk aku tgk dia bl botak. dogoi je kepalanya.

dh makin besar, makin byk akai dh bdk sorg nih. perangai pun dh macam2. dh start pandai merap dh skit2, tambah2 bila time nk tido. nak gak suh abah dia yg dodoi dia dulu smp tido br blh letak atas tilam. mula2 tu igt lapo susu ke pe, rpnya nk suh org mendodoi dulu. adei~~, pasni nenek dia la plk kot kn melayan klu ibunya dh xlarat. hehehe.

gambo kali ni byk gila aku ambik. tp bl tgk blk, smua lbh kurang. abih tu member br reti sengih2 gelak skit je, xbyk sgt la aksi leh ambik. tp, bl aku tgk blk smua arrangement gamba2 yg melambak2 aku ambik tu, mcm blh reka srip diolog plk. hehehe, skrip dh siap, tinggal lg gamba je blm lg selesai susun. dh siap nnt aku post terus kt blog nih. so, tuuunngggguuuuuu~~~

p/s: izatie ni kira bdk tahun naga gak ke? heheeh, esk beso2 jgn garang mcm naga sudah lee~~
.

Wednesday, January 18, 2012

Episode Balik kampung...

Kali ni episod balik kg plak. hehehe, 1st time blik kg sebagai BAPAK@ABAH. bangga beb. kembang idung drive sepanjang PLUS higway nih. cait... balik ni kena drive kereta gak. tadi suh member riki tiket bas, tau brp harga tiket blk CNY ni? RM135 (JB~Ipoh) sekeping oneway!!!! bas kilang 40seats plk tu. hampehhh...

gila babeng cekik darah. buat duit sungguh a demo nih time2 sesak org ramai nk blk kg nih. jd, setelah dikira-kira guna calculus + laplas songsang, xbalik modal naik bas. jimat lg balik naik kereta. tp penat a. time2 cuti gini biasa2 balik 4~5jam drive, mau jd 8jam gak klu jem. so, kena mintak halfday a jumaat ni blk awal skit elak jem. tp keje tgh peak harun time nih.... lantak pi laaa.

hehehe, post kali ni terus lari dr blog title nih, dh mcm kena tuka jd "Tales of Abah Little Princess" plak. ngehgneh, apa kisah, aku ada kuasa veto nk decided gapodio nak post ke blog nih. nk suh izatie yg karang, mau betaun lg tunggu reti baca n mnnulis kot =p. xpe, beso2 nnt akan ku warisi blog ni kat dia plak. hahahahah

Tuesday, January 17, 2012

Waiting, wanting, wallauweh

tajuk diatas tiada kena mengena dengan article kali ni. sekadar mengisi tempat kosong, ibarat aku klu main futsall. malas nk cerita hr ni. serabut keja yg tgh dok melambak, tp xtau nk buat. so, dr pening mslh opis, baik aku pening minum daun ketom. hehehe, joking. aku suka2 hati nk post gamba lg kali ni. kali ni, gamba yg mmg xda kat FB atau mana2 laman web seantario dunia. jd hari ni anda antara manusia bertuah kerana mungkin menjadi yg pertama tgk gamba ni. cherrssssss





Sunday, January 15, 2012

Minggu ke-2


Hari ni masuk la minggu kedua dah umor puteri sulung aku nih. adeii, dekat 2minggu gak la xtgk dia lg. sebaik la zaman aku idup ni dh ada teknologi tipon. blh la call2 tny kabar n dgr suare dia. rindu ooo. alhamdullilah, sihat2 smua. minum susu pun kuat. tido pun kuat. mcm nk tiru gaya bapak dia je nih. hhhaahaha. wife pun sihat dan tgh pulun wat master sambil layan kerenah bdk kecik tu. habit dia dr ms lahir hr tu smp skg ni xbyk yg berubah.


wife aku ckp dia dh suka senyum2. tp ada skali tu ms tgh layan sembang2 dgn izatie, wife aku ckp kat dia "izatie rindu kat abah ea?" terus dia tarik muka masam nk menangis. aloo, sedihnya. rindu sungguh kot ni kat abah dia nih. hehehe. dh berapa agknya berat dia skg nih. balik ni igt nak wat cukur rambut skali la klu sempat. lama2 simpan lg keras plk rambut.entry kali ni xtau sgt nak tulis apa lg. just posting gamba2 sj. ni lg satu. stok gamba dh abih. dok tgk gamba yg sama sj tiap2 hr. balik ni nk kena tembak byk2 skit wat stok sebulan pny edit. hehehe
selamat belayar ke blog nih.

Saturday, January 14, 2012

My Favorite Picture

(click utk enlarge)

selama aku aktive ngn camera ni, ni la gamba yg paling menusuk jiwa aku skali. gamba ni di ambil oleh isteriku, pn noorizdayantie. bdk kecik ni anak kami yg baru lahir 1 jan 2012 lepas. huh, xtau nak describe mcm perasaan nih. alhamdullilah atas anugerah yg tak terhingga ni. ms aku post, aku dh sampai johor. terpaksa tinggalkan mereka jap sebab kerja.

tiap2 kali aku tgk gamba ni, sebak pun ada gak. gini la gamaknya rasa rindu kat anak sendiri ek. sblm ni aku dgr je cerita kawan2, xtau mcmn rasa rindu kat anak. tp bila dh dapat rasa ni, no wonder a diorg cakap " lepas ni sure rasa nk blk kg je tgk dia. keje pun dh malas dh" hehehee. betul la kot apa yg diorg ckp tu.

p/s: nnt klu ada masa aku post plk pengalaman masa menyambut kehadiran buah hati baru nih =)

br
shukri
.

Thursday, January 12, 2012

Lahirnya Seorang Puteri.. (bhg-3..final???)

(sambungan dr eps-2...)

….dengan megah, bangga dan riaknya (hehehee) aku melangkah klua dr labor room. kat luar koridor hospital tingkat 2 tu aku menapak lg sambil ushar kiri kanan, line clear ke tak. malam ni bulan sabit, langit cerah secerah2nya. sunyi & tenang sgt2. hmmm... hospital kosong dengan org. ada guard makcik india sorg sj, tgh syok layan tido lepak kat luar labor room. aku jalan lg skit kedepan sambil genggam tangan ni, aku lompat tinggi2 pastu melalak "YESSSSSSSSSSSSSSSS!!!!! YEAHHHH!!!" gaya Malaysia br menang worldcup. terkejut india td, tp aku wat bodo terus turun tangga gi surau kat bawah. hilang smua masalah dunia time ni. ambik handset, aku msj satu dunia kabar gembira nih.

dh puas tafakur, doa, solat syukur (aku tak tau niat mcmn, tp buat sj niat lillahitaala). hmmm, aku tgk cermin dlm surau tu, muka setepet aku ni xtau la knp berseri-seri sgt mlm ni. syok sgt kot agaknya. aku klua surau naik balik gi tingkat 2 tunggu nurse panggil nak azan. hehehe, jmp lg guard td, tp dia dh xtido dah. terkejut kot bom jatuh td. " you pny anak sudah klua ka? apamacam, ada ok ka? laki ke pompuan" aah, lupa plk aku nk kompomkan laki ke pmpn. "dah settle dah. pmpn kot. td pun xsempat nk check laki ke pmpn". "ini you pny anak 1st ka? congrate la suda jadi bapak" sambil senyum2. "aah, anak sulung. tu yg bapak dia jadi pelik skit tu. heheh. tq auntie"

xlama pastu, nurse klua panggil masuk suh gi azan. aku pun masuk la dalam, kali gaya jalan dah tukar. gaya jalan bapak nk gi melawat anak dia, machonya kalah hero hisdustan. hehehe. izatie diorg letak atas satu mesin yg aku xtau apa jenis. hmmm, lg skali xtau nk karang ayat mcmn aku rs time ni bl First Time face2face tgk muka anak dara aku sorg nih. kalah pandangan cinta pertama ms ngn ibu dia dulu. hahaha. mata dia dh bulat time ni, melilau2 tgk sekeliling.
aku dtg dekat sebelah tepi dia. macam tau2 abah dia dtg, dia terus pandang aku sambil bg senyuman paling best didunia. pergh terkedu beb, jantung ni mcm berenti, lutut rasa lembik, suam satu badan, mata ni terus lembab. tgk, btp besarnya kuasa Allah, nikmat xterkata yg sorg anak blh bg kat sorg bapak, dengan hny sebutir senyuman.

aku tak sure, sama ada masa yg berenti (time froze) atau aku yg bergerak sepantas cahaya (Einstein theory: at speed of light, u can stop the time). sunyi, tenang, aku rasa mcm malam tu aku dgn dia sj kat dunia ni. tp sbg bapak yg super cool, xleh sgt excited smp meleleh2 ni. ckp a skali. aku senyum balik sambil kucup dahi dia. terus aku laungkan azan kat telinga kanan & iqomat kat telinga kiri. reaksi izatie plk ms tgh azan tu, diam & suka. dgr dgn penuh hikmah kot =). abihtu aku tenung dia puas2 tercari2 rp sp yg ada kat situ. Yess, she got my sexy eyebrows. hehehe. lalu aku pun puji la dia, "aloo-loo, comeinye anak abah ni =))" huih, lg kuat dia senyum kena puji. xnak moment terindah tu termiss, aku mintak gak izin ngn nurse utk ambik gamba. heheh, sebaik nurse sporting.

dgn lens 50mm, aku snap dengan penuh perasaan. hahah ada ke ayat mcmni? agak pandai jg la budak kecik ni posing dok goyang mata tgk camera, sengih2, mnguap, kenyit2 mata. aku dibuai alam mimpi~~~. bila nurse tu tgk aku dh macam naik syeikh, "dah ke belum? nak hantar bg susu pulak nih. esok2 la plk sambung ye". hehehe terasa mcm kena perli aku pun tersengih2 simpan camera dalam bag blk. sblm klua dr bilik tu, rasa mcm nk peluk dukung je bdk kecik nih bw g jalan2 cameron highlang ke, hokaido ke dsb. sebaik baru klua sejam lebih.

(gamba plg aku suka skali, sempat rakam dia kenyit mata kt aku =)))

ala2 filem melayu sikit, aku melangkah klua bilik, nurse tolak izatie masuk dalam. aku tgk dr jauh.. xpo, smua dh slamat. Bye bye izatie, esok abah dtg lg ye… aku tipun wife tny kabar dia plak. hahaha, bleh plk lupa kat bini sendiri. adooo, teruk sungguh... dia ckp mcm lama lg klu nak tunggu, hr pun dh lewat. pastu mcm xleh msk dh wat malam2 ni kn datang esok pg. dh xada benda nk dibuat, aku pun beransor balik rumah nk tido. tido yg paling best skali malam tu, senyum smp ke pagi =))....

dh la kot crita psl hr tu. Xkan nk sambung story smp pagi esok aku sarapan roti, pg kedai mamak blablabla… kesimpulannya, hmm… banyak bapak yg ada anak, tp xsmua berpeluang tgk dia klua. Ramai yg dapat tgk, tp xramai yg dapat lebih dr sekadar tengok. Sikit sj yg dapat lebih, TAPI aku sorg sj malam tu yg dapat smua tu, pada satu haribulan satu di tahun baru =) I feel sooooo speciiiaal~~~~~~ best moment ever =)))

.

Monday, January 9, 2012

Lahirnya Seorang Puteri.. (bhg-2)

(sambungan episod 1...)

then lebih kurang pkl 9.35pm mcm tu dapat lg satu mesej yg wat lg berdebar2..." dh nak bersalin dh. tunggu kat luar". kelam kabut aku lari panjat tangga hospital ke wat bersalin. aku tipon mak kat rumah cakap yanti dh nak bersalin. Diorg pun dtg gak. Tp aku tunggu smp pkl 10, no news@update. Hmm… ape la jd kat dalam sn tu ek. Yassin dh 2-3kali ulang baca. Sbb mcm lama lg nk kn tunggu, aku suh mak blk dulu, tunggu sorg2 kt situ.

Xlama pastu pkl 10.40pm, nurse klua panggil aku suh msk dlam, wife dh nk bersalin. Bermula la detik paling sejarah yg cemas xpenah aku rasa sebelum ni. Smp kt labor room, aku nmpk wife aku atas katil tgh push nk kluakan baby. Aku kuat kan semangat aku walaupun aku ni mmg alah ngn darah, xleh tgk nnt pitam. Aku pegang tangan dia, cuba bg semangat n tenangkan dia. Rasanya tu sj yg aku lbh buat, aku clueless. Xtau nk wat apa lg dh.

Huh, seksa sungguh tgk org bersalin ni. Rasa mcm tgh tgk live org operate wat surgery. Nurse suruh push2, tp dah puluh kali try tp xklua2 gak. “alaaa, kamu salah teran ni, tp dh betul dh. Try push balik. Td baby dh klua skit, skg dh masuk blik” tak tau brp kali ayat tu aku dengar. Nk push mcmn lg? smp dh merah2 nk klua darah kot telinga dh aku tgk wife aku push. Apa lg yg xbetul? Aduhh. Aku buntu lg…"yantie, baby xleh lama2 kat dlm nim nnt dia lemas. xelok utk baby ni" huuuuu~~ lg cuak bl nurse ckp mcm ni. adeiii..

“Yantie, kumpul tenaga dulu, bila dh sakit betul2, br teran kuat2.” Aku rasa wife aku wat sebijik mcm nurse tu ckp, tp still xleh gak. Dh lebih 45minit kt dlm tu… ikut kan doctor dh nk operate. Aku tgk muka wife aku dh mmg xlarat, abih kederat dh. Xpenah lg tgk muka dia smp tahap tu. Puas aku berdoa dlm hati utk permudahkan process ni, tp mcm xtermakbul lg. aku dh smp level xsanggup nk tgk muka dia dh. Kesian weh… time ni aku mula teringat cerita zairi psl anak dia dulu tersangkut tali pusat. Makin cuak aku. Knp susah sgt nk klua ni? dah dekat sejam dh ni. Ada benda tersangkut ke???

Air mata dia mula meleleh, ada sikit kecewa. Dia ckp dh xtau nk wat mcmn lg dh ni. “izatie, tolong ibu ye. Tolong klua ye. Ibu dh tak larat ni. Ibu sakit syg” sayup je suara dia ckp smbil pandang perutnya. Hmm, nyaris meleleh air mata ni time tu dgr. Tp gentlemen mn blh nangis depan pmpn. Tahannnnn.. time ni mmg dia dh berserah sj pd takdir. Klu nk kn operate pun xpe. Asalkan baby selamat… aku tgk doctor pn dh standby alat utk scissor, aku mungkin kn klua dr labor room klu doc nk operate. nmpk wife aku mcm putus asa skit dh time tu. Aku bertambah buntu…jam dh pkl 11.45pm..

Tp dgn kuasa Allah, kali yg terakhir dia rasa sakit tu, ntah dr mana dtgnya kuderat dia, dia cuba utk kali yg terakhir. Tb2 nurse nmpk kepala baby, time tu terus jerit “ haa yantie, dh betul dh tu. Terus lg!! push lg!! skit lagi dah nak klua!!! sikit lg dh ni. Terus lg yantie!!!” Time tu aku xtau nk bc ape, aku teringat surah yasin. Aku baca dan terus baca ms wife aku tgh push. Mmg seksa tgk, tp time tu mcm meluap2 semangat baru kat muka dia, tambah kuat lg aku baca walaupun tersangkut2, aku ulang-ulang balik. Aku pegang kepala dia, baca kat dahinya. DAN, tepat pkl 11.50 pm…. Setelah 3kali berterusan push, zuuuppppppppppppp izatie klua, nurse terus letak atas perut wife aku.

Ya Allah, tak dapat nk aku bayangkan time tu mcmn perasaan ni bila tgk anak aku kat atas perut ibunya. Rasanya xpernah lg aku rs nikmat gembira smp mcm tu sepanjang 27tahun aku hidup ni. Mmg xsedar, mata ni dh basah pny la nikmatnya smp blh klua air mata. Terus aku peluk n cium dahi wife aku. “alhamdullillah3x, kita dh Berjaya syg, you make it, we did it. Yesssssssssssssss!!” tersekat2 dh suara time tu. Huh………….. hilang smua rasa resah, cuak, takut, kesian blablbalbalbablalbablba time tu. Yang aku ingat, aku rasa teramatla sgt gembira n leganya sbb baby n ibunya selamat. Nurse potong tali pusat, then diorg suruh aku klua jap utk prepare baby n ibu dia. Aku pun berjalan klua dgn perasaaan yg xleh nk gambarkan time tu. Smp di satu dudut yg sunyi kt dewan tu, dgn spontan aku sujud kat lantai hospital tanda terima kasih yg tak terhingga ke hadrat Illahi.. smp sujut kat lantai habaq hang…

(sambung lg-malas taip)



Sunday, January 8, 2012

Lahirnya Seorang Puteri

20 Dec 2011, tak sabar2 nk tunggu pkl 1pm. hehehe, start cuti smp new year tahun depan. huyoo, lama tu cuti. standby tunggu orang baru dlm hidup kami =) aku abihkan smua annual leave yg aku simpan setahun. due date wife aku bersalin 22 Dec 2011, hari khamis.lagi 2hr sj lg. xsabar rasanya nk jd bapak.

off to slim river lbh kurang pkl 5pm, happy je drive balik kg jmp cinta hati =p. smp rumah dh malam gak, area pkl 10pm mcmtu. yg ada kat rumah, mak, adik n wife aku sj. ayah keje malam kot time ni. hmm, esok 21 dec, lg sehari lebih je nk timang cahaya mata. esok bw wife pg panjat tangga kat area stesen ketapi n trolak country resort.

bgn pagi terus gi klinik wat checkup then ke felda residence trolak country resort jalan2 ambik angin sambil excersice bg senang bersalin. time ni tgh musim buah, byk gila rambutan. jenjalan kat area kolej matrik masa kami belajar dulu. teringat blk 1st time mula2 jmp wife aku sorg ni. huh, cute sungguh dia time tu =p. skg cute gk, tp tembam skit. hahaha.

tp, smp je 22dec tu, wife aku xde lg rasa skit or tanda2 nk bersalin. klinik ckp klu xde rasa nk bersalin gak smp 27 dec ni, terus gi hospital masuk wat. seboleh2nya, dia nk bersalin normal, xnak operate. tunggu pny tunggu, smp la jg 27dec, tp xlg rasa nk bersalin. makin hr makin cuak aku rasa. dh lewat sgt ni, takut baby lemas dlm perut n mcm2 lg. pg hospital, tp doc situ cakap kn tunggu lg 2hari br kn msk wat. lepas wat checkup, dia suh balik dulu dtg blk hr sabtu (31dec).

(last gamba sblm pn yanti bersalin)

akhirnya, smp 31 dec tu pun xada lg rasa nk bersalin, tp alhamdullilah baby msh lg aktif. dlm hati aku pikir, agak2nya anak aku ni mmg sj nk tunggu tarikh 1 jan kot br nk klua. sk sungguh dia dok dlm perut ibu dia. pg sabtu tu terus pg hosiptal slim river daftarkan wife masuk wat. masuk wat 3 katil 20, aku temankan dia smp pkl 12pm. petang tu dtg lg sembang2 teman2 dia. doctor akan start induce pg esok klu mlm ni xbersalin gak. hati ni risau, tp aku buat2 cool xnak bg dia lg cuak...

malam tu layan new year sorg2 kat rumah sbb wife dh msk wat. sunyi sungguh rasa. hehehe. esok pg, pkl 7 cmgitu doctor masukkan 1st dost. aku dtg melawat lg pg tu. still xada lg tanda2@ sakit bersalin. pkl 12 doctor check masih lg xde jalan, then dia masukkan 2nd dost. time ni dia mula rasa sakit2 yg makin kerap...

pkl 1.56pm, dpt masej dr wife ckp br bkk 2cm. hmmm, klu ikut org crita, kurang2 6~7jam lg ni. ptg tu dh xleh melawat sbb dh msk labor room. dupdapdupdap kat rumah sorg2. pkl 7:35pm "br bkk 3cm, tp dh makin cepat nurse ckp". pkl 7:46pm " dh 4cm". ok, xlama dh ni. aku smbhyg siap2, solat hajat, bc yasin, terus ke hospital stanby. xputus2 mulut ni berdoa utk mereka...hati makin resah n berdebar....

(bersambung...)

FOLLOW THIS BLOG =)

<@@@@@@script language="JavaScript" src="https://sites.google.com/site/adiwira/adibottomleft.js" type="text/javascript"> <@@@@@@script language="JavaScript" type="text/javascript"> cot("http://img26.imageshack.us/img26/1446/transp2.gif") fasdfdfsadf fasdfdsf fsf

  © Blogger template 'Photoblog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP